Thursday, 25 April 2013

Sebagai lelaki.

Pabila tahun demi tahun mendewasakan diri ini
aku mula memerhati sekeliling
lebih jauh
lebih teliti

tika ini hati dan otak mula berbicara aman
mula bertolak ansur
dahulunya sering bergolak
hati sering mahu menang
manakala otak mengalah tidak
pening... pening...

Apa lagi kata puisi yang kau nak dendangkan nom?
Ahahaha.

Pabila umur meningkat ni, mula lah nak fikir pasal itu ini.
Dulu muda remaja, hari-hari nak enjoy ja.
Tapi sekarang, enjoy juga, tapi berbatas.
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
Yang Berat diutamakan
Yang utama didahulukan
Apa perancangan masa depan?

Peracangannya mudah.
Usahanya yang penat.
Tak apalah penat sedikit demi balasan syurga
Dunia dunia juga
Akhirat jangan lupa


Tika ini, tahun kedua pengajian. 
Masih panjang lagi perjalanan, tapi semua ini boleh berlalu begitu saja
dengan beberapa kedipan mata.
Dulu 'Live in the moment' jadi moto
Sekarang aku tak pasti apa slogannya
Bila berbelanja harus beringat-ingat
agar tak susah di kemudian hari
Amal? Banyak yang perlu aku perbaiki.

Sekarang, belajar rajin-rajin.
Amal rajin-rajin.
Ada rezeki sambung. Ada rezeki kerja.
Amal rajin-rajin.
Cukup duit beli kete, hehe.
Ada jodoh kahwin.
Inshallah.

Wednesday, 24 April 2013

malam seorang

ditemani malam
aku seorang menghadap cahaya palsu
tidak adakah tujuan
tidak adakah sedar

berangan riang terbawa-bawa
dunia fantasia tiada masa
makin alpa

sedihnya tiada tangis
apa guna merintih
ukirlah bina sang menara
kerana itu kau miliki

namun enggan kau lupa
apa yang ada punya sebab
apa yang terjadi punyai akibat
apa yang menanti punyai masa
ukur sebaiknya
bersedia cuba