Monday, 10 February 2014

Result nak keluar dah

Bedebar pulak rasanya tunggu result ni. Takut pun ada, risau pun ada, takut pun ada, tak sabar pun ada. Mixed feeling jadinya. Apa pun, segala usaha telah dicurahkan, sekarang kita bnyk berdoa dan tawakal.

Thursday, 25 April 2013

Sebagai lelaki.

Pabila tahun demi tahun mendewasakan diri ini
aku mula memerhati sekeliling
lebih jauh
lebih teliti

tika ini hati dan otak mula berbicara aman
mula bertolak ansur
dahulunya sering bergolak
hati sering mahu menang
manakala otak mengalah tidak
pening... pening...

Apa lagi kata puisi yang kau nak dendangkan nom?
Ahahaha.

Pabila umur meningkat ni, mula lah nak fikir pasal itu ini.
Dulu muda remaja, hari-hari nak enjoy ja.
Tapi sekarang, enjoy juga, tapi berbatas.
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
Yang Berat diutamakan
Yang utama didahulukan
Apa perancangan masa depan?

Peracangannya mudah.
Usahanya yang penat.
Tak apalah penat sedikit demi balasan syurga
Dunia dunia juga
Akhirat jangan lupa


Tika ini, tahun kedua pengajian. 
Masih panjang lagi perjalanan, tapi semua ini boleh berlalu begitu saja
dengan beberapa kedipan mata.
Dulu 'Live in the moment' jadi moto
Sekarang aku tak pasti apa slogannya
Bila berbelanja harus beringat-ingat
agar tak susah di kemudian hari
Amal? Banyak yang perlu aku perbaiki.

Sekarang, belajar rajin-rajin.
Amal rajin-rajin.
Ada rezeki sambung. Ada rezeki kerja.
Amal rajin-rajin.
Cukup duit beli kete, hehe.
Ada jodoh kahwin.
Inshallah.

Wednesday, 24 April 2013

malam seorang

ditemani malam
aku seorang menghadap cahaya palsu
tidak adakah tujuan
tidak adakah sedar

berangan riang terbawa-bawa
dunia fantasia tiada masa
makin alpa

sedihnya tiada tangis
apa guna merintih
ukirlah bina sang menara
kerana itu kau miliki

namun enggan kau lupa
apa yang ada punya sebab
apa yang terjadi punyai akibat
apa yang menanti punyai masa
ukur sebaiknya
bersedia cuba

Tuesday, 26 March 2013

Kerusi pokok.

Sedang asyik memerah idea untuk rekaan perabot aku
aku lepak kejap ngan nik tanya itu ini. saja-saja kasi hilang bosan.
sedang aku terfikir apa cadangan nak kasi kat si nik ni, aku teringat tabiat lama aku.
Macam mana aku boleh selesa membaca dia atas pokok, duduk dan bersandarkan beralaskan dahan dan kulit pokok yang kasar dan kering. Tersorok di situ, membaca novel-novel penyiasat muda oleh enid blyton. Siapa x kenal enid blyton kan? X kenal? aku pun x kenal sangat, hahaha.
Enid blyton ni penulis, bnyak novel dia buat, tapi bnyak yg aku baca adalah pasal adventure sekumpulan kawan-kawan. Ke sini, ke sana, menyelesaikan misteri dan macam-macam lagi. Seronok dan leka membaca. Nik pun baca juga buku-buku ni. Best gak dapat sembang-sembang ngan membe yg sezaman kita.
Berbalik kepada assignment kitorang, kena wat furniture. cane lah aku boleh selesa duduk membaca kat pokok tu. Mungkin x selesa sangat, tapi leka membaca dan pengaruh adventure-adventure  dalam novel-novel tu semua. Oh rindu betul kerusi pokok.

Monday, 25 February 2013

habis basah bajuku.

Assalamualaikum. nak balik dahhhhhh.

Sedang aku mencuci tangan kat sinki, pshhhhHHHHHH!!!!
Mencurah-curah air kena kat aku. HABIS BASAH BAJUKU!!
Paip pvc yang bersambung ke pancur di sinki tercabut,
habis air menderu kluar!!!! pshhhhhhhHHHHH!!!!(bunyi air)
di dalam kegelabahan, aku panjat naik atas sinki dan 
cuba sambung balik paip yg tercabut tu. 
Punyalah kuat air dia, tak berjaya kali pertama.
Second time baru berjaya. Pastu aku tersekat atas sinki smbil pegang paip tu.
Demmmnn, nak guano nih? Xde stopcock berdekatan. 
The only was to stop water supply. Dan untuk berbuat demikian, 
kunci dia ada kat luar rumah. Sekarang tengah malam. 
Aku pun jerit(slow-slow) panggil kakak aku.
Lambat la plak dia ni bangun.
Dah dia sampai dapur, aku sruh la dia g tutup air kat luar.
Dia ajak aku plak, omaigod. X nampak ke ngah pegang paip ni.
Anyway, dia memang x keluar pun. Aku mintak kain apa-apa nak sumbat kat paip tu.
X sumbat jgak, air kuat sangat. Aku biar je lah pastu terus lari keluar rumah g tutup air kat meter tu.
By that time, dapur da banjir. Kakak aku amik baldi tadah air yang tersembur kluar.
Last2 dia g tido balik, bapak aku datang tngok apa jadi. Habis tolak air g floor trap, aku pun tanggal la baju aku yang dah lencuc tu, harap-harap x demam esok. 

dan esok tiket bas kul 9, balik shah alam. the end. 

Monday, 18 February 2013

lost in fikiran...

tika malam sunyi sepi
gelap gelita
masih ada satu lampu
menerangi setia

seringkali hidup hingga lewat masa
kadang meronda mencari nyawa
gelap dtempuh bagai adiwira
berteman doa dan usaha

barangkali sempat menarik perisai
menyorok selamat dari jahat
namun seringkali tewas
terbiar kering hingga panas

ucapku tiada logik
ucapku tiada manfaat
tak usahlah kau bersusah-susah
tiada rugi walau tak ingat


Monday, 28 January 2013

30 Days Challenge.

     I am home and unemployed. So far, i have not got any job and this is very boring. I need the money for rent and stuff like repairing my jeans(just did). Even if i got a job, i don't have any means of transportation.
So i decided that if I'm not getting any job this semester break, why not challenge myself to a 30 Days Challenge. Inspired by Matt Cutts's talk on his 30 day challenge. Sounds fun and challenging. Why not right?
So, my 30 days challenge would consist of a few challenge:
    - No iced drinks.
    - Draw Something everyday.
    -50 rope skipping everyday, + 15 for the next 30 days = 485 skips on day 30
    - a pic a day
    - no meals after 11pm(should it be earlier?)
    - 2 new words everyday.

Thats it i think. Inshallah, will be udpating on things soon. Day 1 starts tomorrow! 29 January 2013